INFO PSS

 SEJARAH PENUBUHAN PSS

Pusat Sumber Sekolah Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Jerteh mula beroperasi pada tahun 1997. Puan Engku Naemah binti Engku Haji Taib merupakan guru besar yang pertama. Pada peringkat awal penubuhan PSS bilik-bilik khas  yang ada  ialah bilik tayang, bilik BBM dan perpustakaan sahaja di mana ianya terletak di aras tingkat satu blok B.

Kemudahan bahan buku dan peralatan ketika itu amat sedikit. Guru PSS yang pertama ketika itu Puan Sharifah Mizwani bt Abdullah mula mengatur langkah untuk menambahkan bahan bacaan dan peralatan dengan membeli dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

            Pertambahan bilangan murid yang mendadak menyebabkan bilangan kelas yang diperlukan semakin bertambah. Oleh kerana itu bilik tayang telah dijadikan sebagai sebuah kelas dan bilik BBM ditukar menjadi bilik pemulihan dan sebahagian kecil menjadi bilik SAL.

            SKLK juga telah menerima kemudahan makmal komputer pada tahun 2004 dan mula beroperasi dengan  10 buah komputer. Secara tidak langsung juga makmal komputer telah diletakkan di bawah naungan PSS dan menjadi pusat untuk perkembangan ICT.

            Pada tahun 2009 oleh kerana terdapatnya lebihan sebuah kelas, maka bilik tayang diwujudkan semula dengan nama Bilik Audio Visual tetapi kedudukannya telah berubah di tingkat bawah blok A. Bilik BBM juga diwujudkan walaupun pada asalnya ia hanyalah sebuah stor menyimpan bahan tetapi telah dinaik taraf menjadi bilik BBM.

            Kini usaha-usaha untuk memajukan PSS sedang dijalankan. Pelbagai perubahan akan dilakukan dari semasa ke semasa sama ada dari segi infrastuktur atau bahan-bahan yang berasaskan sumber ilmu. PSS SKLK akan sentiasa dimartabatkan  selari dengan perubahan dunia pendidikan yang  menuntut kepada tindakan yang berbentuk kritis, kreatif, dan inovatif. Hal ini selaras dengan perkembangan marcapada yang berpaksi dengan frasa “ Anjung Ilmu Menggamit Kecemerlangan”.
  

                      VISI PSS

Pusat Sumber Sekolah Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI PSS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Penyebaran Ilmu Dan Maklumat.


PIAGAM PELANGGAN PSS

                        Membantu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada semua pelanggan.

                       Sentiasa melengkap dan mengemaskinikan bahan-bahan bantu belajar-mengajar.
     
                      Menyediakan kemudahan pinjaman bahan kepada semua pelajar dan guru.                                     
   
           MATLAMAT PSS
       
            1.Bertindak sebagai pusat memperoleh, menghasil,mengorganisasi dan mengedarkan                 bahan-bahan untuk P & P.

2. Mengenalpasti dan menyediakan pelbagai jenis perkakasan dan bahan perisian untuk  

                keperluan P & P.

3.Bertindak sebagai pusat koleksi perkakasan dan bahan perisian yang boleh digunakan 

               secara individu dan berkumpulan.

4.Menubuhkan bank soalan dan bertindak sebagai pusat pilih buang bahan untuk kegunaan 

               dalam kelas atau di rumah.

           5.Sebagai pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat luar bagi memperolehi 
              bahan-bahan untuk P & P. 
          
           6.Menyediakan pelbagai jenis sumber dalaman untuk P & P. 

  
       7.Menyediakan panduan dalam mencari, memilih, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.





Menggalak dan mempromosikan aktiviti-aktiviti PSS kepada pelajar dan guru






Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran kendiri dan kemahiran maklumat.






Membina koleksi bahan dan peralatan mengikut keperluan semasa dan menentukan bahawa bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terkini.








OBJEKTIF PSS









Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, potensi individu, sahsiah dan pencapaian akademik murid.









Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja






Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca, menyelidik melalui pencarian pelbagai sumber dan penggunaan maklumat secara sistematik.


Berusaha membantu guru dan murid dalam usaha menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.


Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.









Melatih murid menggunakan kemahiran mencari maklumat dalam proses pembelajaran mereka.










FUNGSI DAN PERANAN PSS





Bertindak sebagai pusat memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan untuk P & P.








Mengenalpasti dan menyediakan pelbagai jenis perkakasan dan bahan perisian untuk keperluan P & P.






Bertindak sebagai pusat koleksi perkakasan dan bahan perisian yang boleh digunakan secara individu dan berkumpulan.






Menubuh bank soalan dan bertindak sebagai pusat pilih buang bahan untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.






Sebagai pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat luar bagi memperolehi bahan-bahan untuk P & P.






Menyediakan pelbagai jenis sumber dalaman untuk P & P.






Menyediakan panduan dalam mencari, memilih, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.






Menggalak dan mempromosikan aktiviti-aktiviti PSS kepada pelajar dan guru.






Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran kendiri dan kemahiran maklumat.






Membina koleksi bahan dan peralatan mengikut keperluan semasa dan menentukan bahawa bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terkini.




Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi memudahkan penghasilan bahan untuk P & P.